Friday, January 29, 2010

Kriteria Audit 5S

12 Perkara Penting Yang Perlu Diperiksa Oleh Juruaudit
 Pihak Pengurusan menyokong program 5S?
 Warga organisasi bangga dengan tempat kerja mereka?
 Tempat kerja bersih dan teratur?
 Tempat kerja selamat untuk pekerja?
 Mesin dan perkakasan bersih dan sentiasa dijaga dengan baik?
 Sistem kawalan item-item keluar/masuk berkesan?
 Mesin dan peralatan terletak pada tempat yg mudah dijaga/dilihat/selamat utk digunapakai?
 Invemtori disimpan mengikut kaedah FIFO?
 Barangan bebas dari kotoran dan habuk?
 Pekerja menjalankan aktiviti 5S tanpa paksaan?
 Imej yg baik dapat dilihat melalui sistem 5S?
 Persekitaran luaran memberi ‘impress’ kepada pelanggan?

Tip Menjalankan Audit Yang Berkesan

 PR yang berkesan
 Audit llebih menjurus kepada memberi idea untuk penambahbaikan
 Audit bukan mencari kesalahan orang
 Mendengar ppandangan kumpulan 5S
 Berkongsi amalan terbaik antara zon
 Menghargai idea kreatif dari pekerja
 Sentiasa memberi galakan dan dorongan

Thursday, January 28, 2010

PBUn @ 29 Jan

Hari ini Juru Audit 5S akan datang, so jom kita lihat PBUn........ taraaaaa................ok tak??

Wednesday, January 27, 2010

Master mind fail PBUn

Toke fail ~ Azmir





Meja contoh







Tuan tanah ~ Zukhri
ni gambar sebelum Sisih...

Tokoh hari ini














Pak Haji Hussin ni hero 5S kat Zon Kreatif... hari2 berkemas...



Cik Wani & Shida ni PIC @ Bilik Utiliti. Diorang ni selalu main ngan figure so sesuailah jaga kat tempat stok barang ni... jangan pandai2 ambil stok tak rekod, diorang ni garang tau...ada black belt lagi...hehe





Cik Sue yg cantik manis ni PIC hiasan. Sesuai kan..? Semua pokok bunga, pasu bunga bwh jagaan dia...pokok yg tak berbunga pun dia kena jaga gak...

Thursday, January 21, 2010

Lawatan 5S ke AMB





































Program Bersama Masyarakat Belia Kg Pagi


Kursus Asas Keusahawanan Belia Kg. Pagi diadakan di KDM 20-22 Jan 2010. Seramai 29 peserta yang terdiri dari kalangan belia di Kg Pagi menyertai program ini. Fasilitator adalah Encik Rasli dan Encik Nasry.









Tuesday, January 19, 2010

PANDUAN RINGKAS UNTUK AMALAN 5S YANG BAIK














1. SEIRI (SISIH)


  • Sebarang halangan keatas laluan mesti dialihkan.

  • Elakkan barangan bercampur - sisihkan.
  • Elakkan kesesakan – susun semula barangan dan elakkan pengumpulan yang tidak perlu.

  • Buat senarai rujukan ~ cepat & mudah.

  • Pastikan status barangan (keutamaan), kurangkan barangan peribadi.

2. SEITON (SUSUN)


  • Konsep FIFO digunakan di tempat yang perlu.
  • Susunan untuk peralatan – perlu ditandakan atau dilabelkan (Nombor rujukan untuk peralatan yang disimpan dalam satu tempat)
  • Peraturan asas “Hanya kaki di atas lantai” ~ sebarang objek yang mudah alih hendaklah ditandakan.
  • Gambarajah pejabat atau susun atur peralatan ~ Susun supaya ruang kelihatan luas, mudah untuk pergerakan dan selesa (Gunakan kreativiti untuk tujuan tersebut)
  • Papan kenyataan ~ Buat susunan yang betul, sempadan, memo dikemas kini (Lebih baik jika ada tarikh tempoh untuk notis tersebut)
  • Poster & bingkai gambar ~ Dicadangkan untuk membuat susunan sama aras atau seragam.

3. SEISO (SAPU)


  • Buktikan ada aktiviti pembersihan pada lantai, dinding, siling, peralatan, papan putih, dll.
  • Pastikan pembersihan juga dibuat di kawasan yang tersorok.
  • Pertimbangkan kesesuaian kawasan kerja yang cukup terang dan faktor persekitaran yang lain.
  • Jika ada jadual pembersihan harian, ia perlu dikemas kini.
  • Tindakan ke atas barangan yang rosak (laporan & status)

4. SEIKETSU (SERAGAM)


  • Kod warna ~ contoh untuk rujukan fail, bekas penyimpan, dll.

  • Pokka -Yoke ~ kaedah pencegahan dari kesilapan.

  • Pengurusan kabel/wayar ~ kabel hendaklah diikat kemas (Tidak boleh tergantung longgar atau di atas lantai tanpa penutup yang sesuai)

  • Penjimatan tenaga ~ Tanda pada suis lampu /penghawa dingin.
  • Papan Tanda amaran BAHAYA, KELUAR dan ALAT PEMADAM API.

  • Sudut 5S ~ Tunjuk serta kemas kini aktiviti yang dijalankan.
  • Person In Charge (PIC): ~ Kaedah / peraturan dalaman dan orang yang bertanggung jawab keatas kawasan tersebut.

5. SHITSUKE (SETIA DIRI/DISIPLIN)


  • Clean as you go (CLAYGO) ~ kemaskan sebelum tinggalkan tempat makan.
  • Pakaian seragam ~ seharusnya bersih & kemas.
  • Pemahaman & komitmen terhadap konsep S5 ~ kerja berpasukan.
  • Peraturan keselamatan ~ seharusnya dipatuhi oleh semua pekerja.
  • Buat amalan 5S-5minit setiap hari.
  • Komunikasi yang baik & etika menjawab panggilan telefon.
  • Tunjuk serta kongsi kisah kejayaan tentang 5S.

Laksanakan 10 minit 5s sebelum pulang

  • Pastikan barang yg perlu sahaja berada di atas meja
  • Pastikan ruangan pendokumentasian kemas selepas digunakan
  • Pastikan ruangan pantri kemas dan tong sampah dikosongkan
  • Senaraikan kerja tertangguh untuk esok mengikut keutamaan
  • Pastikan surau kemas selepas digunakan
  • Pastikan tandas bersih dan tong sampah dikosongkan

Contoh2 Amalan 5S di tempat lain


Pelaksanaan 5S yang Berkesan

Untuk mendapat hasil yang optimum daripada pelaksanaan 5S di organisasi kita, beberapa perkara berikut boleh membantu :

� Dapatkan sokongan dari peringkat pihak pengurusan atasan. Komitmen pihak pengurusan atasan dapat mewujudkan suasana yang sesuai bagi pelaksanaan 5S selain mampu memberi kesan yang lebih berpanjangan.

� Sediakan prasarana yang bersesuaian. Adalah penting dikenal pasti terlebih dahulu aspek atau ruang yang bersesuaian untuk dilaksanakan 5S dalam organisasi. Untuk itu adalah perlu diwujudkan beberapa jawatankuasa bagi pelaksanaan 5S

� Sediakan dan lancarkan sistem atau kaedah komunikasi yang sesuai. Ini penting bagi memberikan penerangan akan keperluan, kepentingan dan kebaikan 5S di organisasi kita kepada staf lain. Untuk itu beberapa kaedah boleh digunakan misalnya :
a. Melalui mesyuarat
b. Menggunakan intranet atau laman web organisasi
c. Papan kenyataan
d. Poster
e. Surat Berita Dalaman ( Newsletter)

� Mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam 5S dan staf lain di organisasi kita. Adalah perlu dirancang latihan asas 5S kepada setiap staf. Ini bagi membolehkan seluruh staf organisasi tahu apa peranan yang harus mereka laksanakan dalam 5S

� Mulakan dengan projek perintis 5S. Pilih kawasan yang kebanyakan staf tidak "teringin" untuk bekerja, mungkin kerana terlalu sesak, tidak terurus dan sebagainya. Kawasan berkenaan juga harus mempunyai kesan visual positif apabila 5S dilaksanakan. Dengan pengalaman projek perintis ini kelak dapat digunakan untuk merancang pelaksanaan 5S yang lebih menyeluruh dalam organisasi.

� Wujudkan dan kongsikan Best Practices. Sediakan dan gunakan pangkalan data berkaitan amalan-amalan yang terbaik dan mesti dikongsikan dengan staf yang lain.

� Sediakan pelan pelaksanaan 5S yang menyeluruh. Hasil dari pelaksanaan projek perintis 5S, adalah penting dilakukan penilaian dan semakan. Dapatkan maklumbalas dan idea daripada ahli kumpulan projek perintis 5S berkenaan untuk input penambahbaikan dalam pelan pelaksanaan 5S organisasi

� Sentiasa menilai dan membuat pengubahsuaian. Dalam pelaksanaan 5S, setiap masalah yang dihadapi harus dijadikan teladan dan daripadanya mesti dilakukan penambahbaikan. Ubahsuai atau pilih pendekatan dan kaedah pelaksanaan bagi memastikan 5S di organisasi kita lebih "segar".

Tips 5S















  • Komunikasi dan promosi dalam amalan 5S sangat penting bagi memastikan setiap anggota dalam organisasi sentiasa faham dan mengetahui perkembangan semasa pelaksanaan 5S
  • Saling ingat mengingati sesama kita adalah antara tanggungjawab bersama yang harus dilaksanakan yang merupakan penyumbang utama kepada pelaksanaan 5S yang berkesan
  • Melalui 5S proses kerja dapat dibaiki, ditingkatkan dan dapat juga disingkatkan.

Amalan 5S


Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.

Perbadanan Produktiviti Negara ( MPC) merupakan antara jururunding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini.

Objektif Utama Program 5S

� Membina budaya Kaizen di tempat kerja
� Membina kerjasama melalui penyertaan semua
� Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia
� Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju

Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:

� Pendekatan Kaizen
� Pendekatan Inovasi

Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :

� Mengamalkan budaya kerja 5S
� Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S
� Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S
� Meluangkan masa untuk 5S
� Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa
� Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan

Pelaksanaan

Pertama -Mengamalkan Seiri (Sisih)
 Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)

 Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
 Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
 Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
 Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
 Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)

 Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
 Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
 Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
 Buat dengan kerjasama semua kakitangan

Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)

 Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
 Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

 Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
 Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
 Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S

Keenam -Persijilan 5S

 Pertandingan antara organisasi 5S
 Anugerah amalan 5S
 Organisasi model


Monday, January 18, 2010

Sunday, January 17, 2010

PIC @ Zon Kreatif

1. Sudut 5S - Encik Nasry
2. Sudut ISO - Pn Rohana
3. Dewan Seminar - Encik Salin (BCIC)
4. Promosi - Pn Rozila (BCIC)
5. Bilik Fail - Encik Mohd Azmir
6. Bilik Utiliti - Encik Zukhri (BCIC)
7. Sistem Fail - Encik Mohd Azmir
8. Info Centre - Pn Fauziah
9. Tandas - Pn Marhana (BCIC)
10. Surau - Pn Faredah Rahim
11. Pantri - Pn Faridah Mohd Sidek
12. Lampu/air-cond/suis/pintu/kunci - Encik Tajul Asyraff
13. Signage - Haji Hussin
14. Bilik Mesyuarat, Bilik Diskusi, Ruang Tamu - Pn Junaidah
15. Hiasan - Cik Suriati (BCIC)
16. Stok / Inventori / Stok Minuman - Pn Faridah Mohd Sidek
17. Makmal Komputer, Bilik Latihan - Encik Shamsul (BCIC)
18. Bilik Akademi, Dewan Ekspo - Encik Shamsul (BCIC)
19. Tangga dan lif - Encik Che Hussin (BCIC)
20. Lobi dan Kaunter Pengawal - Encik Che Hussin (BCIC)
21. Hostel - Pn Hamyziah (BCIC)
22. Bilik Kawalan / Bilik maintenance - Tajul Asyraff (BCIC)
23. Landskap - Asrul Rizal (BCIC)
24. Stor - Asrul Rizal (BCIC)

Suis 5S