1. SEIRI (SISIH)
- Sebarang halangan keatas laluan mesti dialihkan.
- Elakkan barangan bercampur - sisihkan.
- Elakkan kesesakan – susun semula barangan dan elakkan pengumpulan yang tidak perlu.
- Buat senarai rujukan ~ cepat & mudah.
- Pastikan status barangan (keutamaan), kurangkan barangan peribadi.
2. SEITON (SUSUN)
- Konsep FIFO digunakan di tempat yang perlu.
- Susunan untuk peralatan – perlu ditandakan atau dilabelkan (Nombor rujukan untuk peralatan yang disimpan dalam satu tempat)
- Peraturan asas “Hanya kaki di atas lantai” ~ sebarang objek yang mudah alih hendaklah ditandakan.
- Gambarajah pejabat atau susun atur peralatan ~ Susun supaya ruang kelihatan luas, mudah untuk pergerakan dan selesa (Gunakan kreativiti untuk tujuan tersebut)
- Papan kenyataan ~ Buat susunan yang betul, sempadan, memo dikemas kini (Lebih baik jika ada tarikh tempoh untuk notis tersebut)
- Poster & bingkai gambar ~ Dicadangkan untuk membuat susunan sama aras atau seragam.
3. SEISO (SAPU)
- Buktikan ada aktiviti pembersihan pada lantai, dinding, siling, peralatan, papan putih, dll.
- Pastikan pembersihan juga dibuat di kawasan yang tersorok.
- Pertimbangkan kesesuaian kawasan kerja yang cukup terang dan faktor persekitaran yang lain.
- Jika ada jadual pembersihan harian, ia perlu dikemas kini.
- Tindakan ke atas barangan yang rosak (laporan & status)
4. SEIKETSU (SERAGAM)
- Kod warna ~ contoh untuk rujukan fail, bekas penyimpan, dll.
- Pokka -Yoke ~ kaedah pencegahan dari kesilapan.
- Pengurusan kabel/wayar ~ kabel hendaklah diikat kemas (Tidak boleh tergantung longgar atau di atas lantai tanpa penutup yang sesuai)
- Penjimatan tenaga ~ Tanda pada suis lampu /penghawa dingin.
- Papan Tanda amaran BAHAYA, KELUAR dan ALAT PEMADAM API.
- Sudut 5S ~ Tunjuk serta kemas kini aktiviti yang dijalankan.
- Person In Charge (PIC): ~ Kaedah / peraturan dalaman dan orang yang bertanggung jawab keatas kawasan tersebut.
5. SHITSUKE (SETIA DIRI/DISIPLIN)
- Clean as you go (CLAYGO) ~ kemaskan sebelum tinggalkan tempat makan.
- Pakaian seragam ~ seharusnya bersih & kemas.
- Pemahaman & komitmen terhadap konsep S5 ~ kerja berpasukan.
- Peraturan keselamatan ~ seharusnya dipatuhi oleh semua pekerja.
- Buat amalan 5S-5minit setiap hari.
- Komunikasi yang baik & etika menjawab panggilan telefon.
- Tunjuk serta kongsi kisah kejayaan tentang 5S.
No comments:
Post a Comment